Thursday, April 13, 2006

Pokok Baka Wali

Image hosting by Photobucket

Bakawali juga digunakan untuk merawat luka dengan cara menumbuk halus sehelai daun bakawali dan disapukan pada bahagian yang luka sebelum dibalut. Sifat analgestik pada bakawali dapat menolong mengurangkan kesakitan.Ia juga mampu untuk menghentikan pengaliran darah pada luka. Disamping itu juga ada pendapat yang mengatakan dengan minum air rendaman bunganya tekanan darah tinggi dapat diturunkan, namun pendapat ini masih belum dapat dibuktikan~Nor
Bukan ke untuk putus susu tu pokok batang wali yang selalu menjalar atas pagar tu?~Syafiq
dulu nenek saya penah citer tentang pokok bakawali.. katanya masa nak bunganya nak kembang ia mengeluarkan asap.. betul ke tak.. tak tau laa..~cikngah1009
lorr confuse ni...ni bunga dari pokok bakawali yang pahit tu ke nor~zam@Pre10der
Ni bukan yang pahit tu yang pahit tu patawali~Nor
pakcik saya ckp bunga bakawali baik untuk perempuan yang dah kawin.betul ke~kacawali
Betul ker bunga nie hanya ader pada tgh malam sahaja?Siang hari ader daun jer.Bunga nie pun jarang2 ada kan?Orang kata lagi,saper2 yang ader pokok bunga nie,rezeki murah.BETUL KER?~Yoe
Mengikut kepercayaan kaum cina kalau pokok ni berbunga maknanya kita nak dpt duit le tu. Tapi sebagai orang islam jangan lak kita percaya menda2 cam nih. Saya punya belum pernah berbunga lagi walaupun daunnya mencanak2 naik.~Admin
memang betul bunganya kembang mekar pukul 12 malam dan wangi baunya, rumah mak saya ada pokok ini, keluar asap tak pasti....~jis
kata org tua2 kat tpt saya dlm bunga ni ada puteri sbb tu bunga ni kembang kul 12 thgmlm tapi susah nak jumpa bunga ni kembang tgh mlm sbb kalau kita tunggu kita akan tertidur jugak, tak tau ler betul ke tidak cerita ni jgn percaya dah ler..~reen32
pokok ni adalah yang batang dia menggerutu kan?kalau tak silap saya, rasa dia pahit yang amat sangat.~demampanas@hotmail.com
Ini bukan yang batang menggerutu tu , yang tu namanya patawali/batangwali/pakawali/brotowali. Yang ni bakawali.Untuk maklumat patawali sila ke : http://www.melur.com/myherba.asp?plant_id=47~Nor
Kat rumah saya bunganya lebih besar dari nie. Kelopaknya lebih banyak lagi. Mak saya pun kata ia kembang pkl 12mlm. Tapi tanpa disedari ia sudah pun kembang dalam pukul 8 malam lebih. Bunga ini masih boleh dilihat diwaktu sianghari. Tetapi dah layu sebab saya ada terbaca ia hanya akan hidup selama 3 jam sahaja. Itu baru pertama kali berbunga. Sekarang nie ia sedang berputik dah besar jugalah. Dalam 5 kuntum . Kalau ada rezeki saya nak tengok dia kembang insyaallah nanti saya ceritakan macammana ia kembang. Ada kakak tu, memang mengadap betul-betul depan bunga nie bila ia kembang.. sebab dia bawa masuk pasu dalam rumah dan letak atas meja. Mak cik kat rumah tu pun cakap kalau bunga nie kembang murah rezeki. Tapi saya tak percaya rezeki murah kerana bunga nie. Sebab ia berbunga dan kembang pun dengan izin Allah jua. Tapi jika org kata kalau pokok nie ditakdirkan berbunga sebagai tanda Allah nak murahkan rezeki kita.. boleh juga diterima.~bakawali
Terdapat amalan Masyarakat di Thailand menggunakan getahnya bagi proses putus susu ibu-anak. Getahnya disapu ke puting ibu dan kerana rasanya pahit akan menyebabkan anak kecil tersebut tidak berminat untuk menyusu lagi.~shazmansaidi@yahoo.com
Dikenali di Indonesia sebagai wijayakusuma merupakan herba terpenting dalam merawat luka dan bisul dimana masyarakat disana menempel daun batawali yang yang telah ditumbuk halus sebelum membalut luka.mereka juga menggunakan batang batawali yang telah dikeringkan serta ditumbuk lumat bagi mengubati penyakit darah tinggi dan kencing manis.Oleh kerana serbuk batang batawali amat pahit,mereka lazimnya memakan bersama pisang ataupun sirih.Batawali juga merupakan ubat tahan sakit yang paling berkesan serta mampu menetralisirkan pembekuan darah.Namun seperti herba yang lain ia juga mempunyai kesan sampingan,dikatakan jika diambil berlebihan pesakit diabetis boleh pengsan kerana tindakbalas penurunan paras gula yang drastik.Namun sehingga kini masih belum ada lagi kajian secara saintifik keberkesanan batawali dalam merawat penyakit kronik dan mengenalpasti komposisi bahankimia didalamnya.~lisa_shah72@yahoo.co.uk
LAMA BERKAHWIN TAPI MASIH BELUM DAPAT ANAK, jagan putus asa. Cuba cara saya, mana tau kok serasi.Email saya~Bangnuard@yahoo.com.my
Saya ada tanam pokok ni kat rumah ada 3 pasu. Dah berbunga banyak kali. Baunya memang semerbak wangi dan akan kembang pada waktu malam dalam pukul 10.00pm dah mula kembang. Bau menjadi lebih wangi pada pukul 12.00am iaitu bila ia kembang penuh. Bunga akan layu bila dah pagi. Sekali jer ia kembang, pas tu layu terus... ~anita@tnrd.com.my
Bakawali saya dah mula mengeluarkan putik bunga. Agaknya berapa lama sebelum bunga ni kembang sepenuhnya~Seniorita
i blurr and i really have no idea on this whatsoever flower.but, it is so nice and beautiful.love it.~abanes vilvar
malam ini, 27/07/2005 ada 3 kuntum bunga akan kembang di rumah saya.~anur67
siapa nak benih bakawali...free. saya nak buang semua...~Apak Nuar
siapa nak benih bakawali...free. saya nak buang semua...~Apak Nuar
ni ker bunga pokok bakawali?bagi ler gambar seluruh pokok ngan bunganya skali.~ade
Ada orang kata dan sayapun tak tahu siapa orang tu, dah lupa. Dia kata,
orang perempuan (berkahwinlah) yang tanam pokok bakawali dan berbunga, menandakan dia akan dapat madu ataupun bermadukan Madura, tanpa pengetahuannya. Pernah berlaku di Quarters Polis, Kajang.
Betul ke? Tak tau lah saya. Tanyalah pada orang yang saya dah lupa tu.~Bangnuard@yahoo.com.my
Shafiq,zam,shzmansaidi, jue, lisa shah,nor dan budak demampanas. Merapulah awak ni. Tengoklah gambar tu betul-betul. Ada yang kata batawali, ada yang sebut batang wali. Apa lah u all ni. Yang dari Indon pun satu, nak tunjuk pandai tapi tak betul. Tak tau jangan kacaulah.Paling teruk yang percaya mengarut, ada asap lah, dapat madu Madura lah. Ada ong lah. Apa tu. Kepala hotak kau orang, Merapu Kapunden Marang Sekeper. ~Abang Anuar
Melalui pengalaman saya bunga bakawali memang kembang pada waktu malam dan layu pada waktu siang dan akan kembang semula pada malam berikutnya sehinggala 2 atau 3 malam. Saya nak tahu khasiatnya pada bunga atau daun?.~labo AKK
Saya mula mengenali bunga ni sejak saya kecik lagi. Masa tu kat kampung, banyak ditanam kat depan rumah. Memang bunganya akan terbit dari celah-celah daunnya. Ianya akan hanya kembang pada waktu malam. Keadaan fizikal bunga ni memang lembut dan mudah rosak. Mungkin sebab tu Allah takdirkan ianya kembang malam saje, kalau siang, tentu ia takkan bertahan sebab suhu yang lebih tinggi. Kata org tua-tua, kalau kita tunggu ia kembang, ia takkan kembang-kembang. Tapi saya pernah tunggu, akhirnya ia kembang jugak.... Baunya wangi macam bau bunga hutan masa kita tidur dalam hutan malam-malam.~nurisham@jpa.gov.my
kelakar betul la korang ni. bakawali dengan patawali pun tak kenal. patawali yang pahit tu jauh sangat beza dengan bakawali yang dianggap bunga standard atau ada kelas nie. ingat tak, kan ada lagi bakawali...setahu saya, biasanya orang tanam kat depan rumah konon nanti murah rezeki. isyy, tak tau la betul ke tak. nampaknya maklumat yang kita dapat pasal bakawali lebih kurang sama ye... ~nz
saya nak sikit benih dia bleh tak?cantik la plak bunganya....

0 Comments:

Post a Comment

<< Home